Pesanan Nabi 2
“Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim.”
- Kita diwajibkan untuk menuntut ilmu sebab dengannya kita akan memperolehi panduan khususnya kehidupan di dunia hingga ke akhirat.
- Nabi suruh kita tuntut ilmu dengan beberapa sebab:
a) Dengan ilmu kita dapat mentauhidkan Allah.
Memang menjadi naluri manusia percaya adanya pencipta, tidak kiralah orang islam atau orang kafir, sebab itulah Islam datang dengan mengajar akidah yang betul, untuk mengenali Allah dan mentauhidkan Allah yang tiada sekutu baginya.
b) Dengan ilmu kita dapat menunaikan ibadah dengan cara yang betul.
Mamang menjadi naluri manusia untuk mengabdikan diri kepada penciptanya, tidak kira orang islam atau orang kafir, sebab itulah Islam datang dengan mengajar kita beribadah dengan cara yang betul, sepertimana yang telah diajarkan oleh nabi kita Muhamad S.A.W. berpandukan kepada syriatnya.
c) Dengan ilmu kita dapat berakhlak dengan akhlak yang mulia
Memang menjadi naluri manusia cinta kepada kebaikan, tidak kira orang Islam atau orang kafir, sebab itu islam datang dengan mengutuskan nabi kita Muhamad S.A.W untuk mengajar akhlak yang mulia. Kita diajar serta dipimpin dengan akhlak yang mulia daripada bangun tidur sehingga kita tidur semula.
d) Dengan ilmu kita dapat mengetahui kejayaan dan kejatuhan umat-umat terdahulu.
Kita diajar menguasai ilmu berdasarkan 2 sumber yang utama iaitu Al Quran dan Hadis kerana disana ada kisah menceritakan kepada kita kemulian, kejayaan dan kehinaan serta kejatuhan umat-umat terdahulu supaya menjadi panduan dan iktibar kepada kita semua.
Pesanan Allah 2
(surah al fatihah : ayat 2)
- Segala puji bagi Allah, ialah kerana Allah sumber dari segala kebaikan diatas segala kurniaan Allah terhadap seluruh kehidupan kita dari dunia hingga ke akhirat.
- Kalimat ini yang disebut sebagai menunjukkan tanda syukur kehadrat Allah.
- Wajib bersyukur diatas segala kurniaan, kerana dengannya mengundang nikmat.
- Alllah kurniakan nikmat dalam kehidupan, dalam rezeki, dalam harta, dalam keluarga,dalam segala bentuk anugerah yang berbentuk jasmani dan rohani.
- Sebesar-besar nikmat Allah ialah apabila dianugerahkan kepada kita semua, nikmat menjadi orang beriman, nikmat menjadi orang Islam dan nikmat dalam melakukan segala amalan.
- Segala ciptaan Allah adalah kurniaan yang terbaik dalam kehidupan kita, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
- Jaga diri supaya jauh daripada sifat kufur, kerana dengan kufur, Allah akan tarik nikmat dalam anugerahnya, rasa dunia ini sempit baginya.
- Allah berjanji sesiapa yang bersyukur akan di tambah nikmat dan sesiapa yang kufur azab Allah sangat pedih.
Diary 1: Centre of Integrated Islamic Education

CENTRE OF INTEGRATED ISLAMIC EDUCATION
المدرسة الاسلاميّة الشاطريّة الأمين
SEKOLAH RENDAH ISLAM PINTAR AL-AMIN
Aras 1, Kompleks 3C MPSJ, Jalan 11/2, 46150 Bandar Sunway.
Selangor Darul Ehsan.
MALAYSIA
Tel / Fax:603 5636 2656
Pengenalan
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita pada hari ini untuk memberikan pendidikanyang terbaik bagi anak-anak kita. Atas kesedaran inilah, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan satu kurikulum yang lebih dinamik bagi mencernakan aspirasi dan falsafah pendidikan Islam.
Maka lahirlah sekolah yang ada pada hari ini, semoga sekolah ini mampu melahirkan generasi yang menerima Islam sabagai satu cara hidup yang syumul serta mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi cabaran semasa melalui kaedah pendidikan yang seimbang.
Konsep Persekolahan
Gabungan bersepadu kurikulum akademik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan kurikulum akademik daripada Jabatan Agama Islam Selangor serta kurikulum pendekatan dan strategi perlaksanaan kami seperti :
-Program Hafazan dan Tahfiz Al-Quran
-Menggunakan 4 Bahasa Perantaraan (Bahasa Melayu, English, Bahasa Arab & Mandarin)
-Teknologi Maklumat (IT)
-Pembentukan Interpersonal Mukmin
-Tarbiyyah Islamiyyah
-Sistem kelas satu sesi
-Populasi 24 orang sekelas
-Jadual waktu yang fleksibel
Latar Belakang
Sek. Ren. Islam Pintar Al-Amin adalah sebuah institusi pendidikan swasta ditubuhkan sejak tahun 1999 berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor menawarkan konsep kesepaduan kurikulum agama dan akademik di peringkat sekolah rendah.
Pendekatan Sek.Ren.Islam Pintar Al-Amin
-Pendekatan yang bersepadu, gabungjalin dan merentas kurikulum
-Pembentukan interpersonal mukmin dan mukminah
-Aktiviti berjemaah,Madrasatilail, Solat Jumaat bagi pelajar lelaki
-Mempraktikkan amalan As-Sunnah dan As-Sufi
-Menerapkan amalan kepimpinan dan kekeluargaan Islam
MATA PELAJARAN / SUBJEK
-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Bahasa Arab
-Bahasa Mandarin
-Mathematics & Science in English
-Kajian Tempatan
-Kemahiran Hidup
-Al-Quran / Tajwid / Hafazan
-Tauhid / Feqah
-Sirah / Akhlak
-Jawi / Imlak / Khat
-Teknologi Maklumat
Pesanan Nabi 1
- Orang Islam mestilah menjadi orang yang dapat menguasi pelbagai ilmu pengetahuan.
- Ilmu dunia merupakan alat untuk hidup, manakala ilmu akhirat sebagai penyelamat di dunia hingga ke akhirat.
- Seorang yang menuntut ilmu mestilah menjaga perkara - perkara tersebut :
a) Niat semata-mata kerana Allah
b) Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
c) Memelihara niat dalam menuntut ilmu.
d) Mengamalkan ilmu
e) Menyampaikan ilmu.
- Ilmu yang bermanfaat dapat menjadikan seorang insan yang soleh dan solehah.
- Orang yang soleh dan solehah adalah orang yang mendapat rahmat daripada Allah.
- Allah akan masukkan hambanya ke dalam syurga dengan rahmat-Nya.
Pesanan Allah 1
- Kita orang beriman kepada Allah hendaklah membesarkan Allah dalam diri.
- Orang beriman memulai sesuatu kerja dengan menyebut nama Allah.
- Setiap pekerjaan yang baik dimulai dengan menyebut nama Allah akan mengundang keberkatan.
- Allah beri keberkatan dalam seluruh kehidupan kita dan apa yang kita lakukan seperti mencari rezeki, makan, minum dan sebagainya.
- Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada seluruh makhluk-Nya.
- Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat penyayang yang menyebabkan Dia sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.





